Tuesday, October 4, 2011

Amanah & Kehambaan

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu."

Itulah tujuan utama wujudnya kita di muka bumi Allah (SWT) ini! Tiadalah yang lain lagi. Segala urusan, pekerjaan, tanggungjawab, ujian dan segala-galanya semata-mata bagi tujuan melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah Jalla Zikrah, menjadi hambaNya yang sebenar-benar hamba. Kehambaan kepada Allah Ta'ala merupakan satu tugasa yang paling besar dan paling mulia serta terlalu agung nikmatnya, "gajinya", labanya dan ganjarannya. Tepatlah sebagaimana yang dipesan dan diamanahkan oleh guru kami:
"Amanah yang paling besar ialah kehambaan"

Sihina lemah dhaif ini bertungkus-lumus atas kedhaifan, dosa dan kejahilan diri berusaha melaksanakan amanah agung ini sedaya mungkin. Dengan mengharapkan semata-mata rahmat Allah 'Azza wa Jalla, melalui keberkatan ilmu, kafahaman dan bimbingan orang-orang Allah, maka teruslah kita semua merintis dan menyusuri jalan kehambaan. Diharapkan beroleh iman dan makrifah agar beroleh syurga dunia dan akhirat yang sebenar iaitu mengenal Allah (SWT) sebagaimana yang telah diperolehi oleh para kekasih Allah (SWT).

Semoga "dipeluk" Allah (SWT) dengan "pelukan" kekasihNya Muhammad (SAW). "Pelukan" yang merungkaikan kegelapan, menyempurnakan kehambaan dan menyinari kebahagiaan dalam dua negeri kehidupan. Menyintai kekasih agung yang menjadi kekasih bagi yang Maha Agung menjadi idaman dan igauan kerana cinta itu buahnya asyik dalam lautan redha dan rahmat. Lemaslah dalam keghairahan mahabbah dan makrifah kepada Allah 'Azza wa Jalla.

ALLAHU AHAD!

No comments:

Post a Comment