Tuesday, May 17, 2011

Usul Dalam Ilmu Tasauf

(Kitab Tanwirul Qulub)

1. Taqwa batin dan zahir, berseorangan atau bersama dengan orang lain, perkara ini boleh dicapai dengan bersifat warak dan istiqamah.

2. Ikut sunnah Rasul (SAW) dalam setiap perkataan dan perbuatan. Ini boleh dicapai dengan memelihara sunnah dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji.

3. Berpaling daripada makhluk, tidak terpengaruh dengan makhluk samada dengan mereka yang menyukai atau yang menyokongnya mahupun yang membencinya, perkara ini akan terhasil dengan bersabar dan bertawakal.

4. Redha terhadap ketentuan dan perbuatan Allah (SWT) samada semasa mendapat bahagian yang sedikit atau banyak. Ini terhasil dengan bersifat qana'ah dan sifat penyerahan yang sepenuhnya terhadap segala-galanya kepada Allah.

5. Kembali kepada Allah (SWT) ataupun sentiasa bergantung kepada Allah (SWT) pada masa senang atau susah. Ini dicapai dengan bersyukur pada masa senang dan memohon pertolongan kepada Allah (SWT) semasa susah.

2 comments:

  1. Assalammuaalikom wtb ya Ustaz. Khifahaluka?

    Allhamdullah ilmu yang baik dikongsi bersama. Sampaikan walaupun sepotong ayat.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  2. wa 'alaikumus salam warahmatullahi wabarakatuh!

    hoir alhamdulillah! barakAllahulak!

    ReplyDelete