Monday, May 9, 2011

Dasar Ilmu Tauhid

مبادي علم التوحيد

إِسْمُهُ: علمُ التَّوْحِيْدِ وعلمُ الْكَلاَمِ والفِقْهُ اْلأَكْبَرُ وعلمُ أصولِ الدينِ
1. Namanya: Ilmu tauhid, ilmu yang membahaskan sifat kalam, ilmu fekah yang terbesar dan ilmu usuluddin.

حدُّه: لغة: العلمُ بِأَنَّ الشَّئَ وَاحدٌ
الاصطلاح: علمٌ يُبْحَثُ فِيهِ عَنْ إِثْبَاتِ الْعقائِدِ الدِّيْنِيَّةِ بِاْلأَدِلَّةِ اليَقِيْنِيَّةِ
2. Takrifnya:
• Disisi bahasa: Mengetahui bawasa sesuatu itu esa.
• Disisi istilah Ulama` Tauhid: Pengetahuan yang dibahas di dalamnya bagi memantapkan segala pegangan agama dengan dalil-dalil yang dibangsakan kepada yakin.

موْضُوعُهُ: المعلوماتُ الَّتِى يُحْمَلُ عليها ما يَصِيْرُ به عقِيدَةً دِينِيةً أو مَبدَأً لذلكَ كَقَولِنا:
الله تعالى قديم
والجسمُ مركبٌ مِنَ الْجَوْهَرِ الفَرْدَةِ
3. Tempat bahasnya: Segala maklumat yang dikaitkan dengan perkara yang jadi akidah agama ataupun asas-asas perkara tersebut seperti kita berkata: Allah Taala sediakala. Jisim ialah susunan daripada molekul-molekul yang tunggal.

ثَمَرَتُهُ: الفَوزُ بالسعادَةِ الأبَدِيَةِ إذ به يَصِيْرُ الإيمانَ بالأحكامِ الشرعيةِ ثابتاً مُحكمًا
4. Hasilnya: Berjaya dengan kebahagiaan yang berkekalan, kerana dengan sebab ilmu tauhidlah menjadikan keimanan dengan segala hukum syariat berkeadaan tetap lagi teguh.

حكم الشارعِ فيه: أن معرفتَهُ فرض عينٍ على كل مكلفٍ ولو بأدلَّةٍ إجْمَالِيَّةٍ كأن يُعرَفُ وجودُهُ تعالى بكونه خالقا للعالم وأما الأدلةُ التفصيليَّةُ التى يَقدِرُ بها على دَفْعِ الشِّبْهِ ففرضُ كفايةٍ إذا قام بها
5. Hukum Tuhan terhadapnya: Bahawa mengetahuinya adalah fardu ain atas tiap-tiap mukallaf, sekalipun hanya dengan dalil-dalil yang ringkas tetapi merangkumi maksud (ianya dinamakan dalil ijmali) seumpama, seseorang itu mengetahui adanya Allah Taala dengan keadaan adanya itu adalah Pencipta kepada alam. Adapun dalil-dalil tafsili (terperinci) yang berupaya dengannya untuk menolak kesamaran akidah. Hukum mengetahuinya adalah fardu kifayah bilamana sekelompok masyarakat yang menguasainya maka tiadalah dituntut lagi kepada mereka-mereka yang lain.

فَضْلُهُ: وهو أشرفُ علومِ الدينِ لِمُتَعَلِّقِ بذات اللهِ وذاتِ رسولهِ عليهم الصلاة والسلام
6. Kelebihannya: Dialah yang terlebih mulia dikalangan ilmu-ilmu agama kerana bergantung perbahasannya dengan Zat Allah dan zat Rasul-rasulnya a.s.

نِسْبَتُهُ: الى غيرهِ من العلومِ أنه افضلُهَا بلا خلافٍ لكونِهِ مُتَعَلِّقًا بذات الله تعالى وذات رسله عليهم السلام
7. Nisbahnya dengan ilmu lain: Ialah yang terafdal tanpa bersalah-salahan pendapat ulama` disebabkan keadaannya bergantung dengan Zat Allah Taala dan zat segala Rasul A.S.

وَاضِعُهُ: ابو الحسن الأشعرى ومَن تبعهُ وأبو منصور الماتوريدى ومَن تبعهُ
8. Penyusunnya: Abu Al-Hassan Al-Ashaari serta pengikut-pengikutnya dan Abu Mansur Al Maturidi dan pengikut-pengikutnya.

إسْتِمْدَادُهُ: من اللأدلةِ النقليةِ والعقليةِ
9. Tempat ambilan: Daripada dalil-dalil naqli (Quran dan hadis) dan dalil-dalil aqli.

مسائلُهُ: قَضَايَاهُ البَاحَثَةُ عن ثلاثةِ أشيأٍ:
إِلَهِيَاتٌ وهى ما تَتَعَلَّقُ بالإلهِ واجبٌ وجائزٌ ومستحيلٌ
ونُبُوَاتٌ وهى ما تتعلق بالأنبيأِ ممَّا دلَّ عليها مما يجبُ لهم وما يستحيلُ وما يجوزُ
وسَمْعِيَاتٌ وهى ما دل عليها النقلُ فقط. ولا مدخَلَ للعقلِ فيه كالحشرِ والنشرِ والجنةِ الى آخرهِ
10. Masalahnya: Tajuk-tajuk membahaskan berkenaan 3 perkara:
i. Ilahiyat (Ketuhanan): Yaitu perkara yang bergantung dengan Tuhan, wajib, harus dan mustahil.
ii. Nubuwat (Kenabian): Iaitu segala perkara yang bergantung dengan segala Nabi dari apa- apa yang wajib, mustahil dan harus bagi mereka.
iii. Sam`iyat (Perkhabaran): Iaitu perkara yang menunjukkan kepadanya semata-mata oleh dalil naqli dan tiada masuk bahas akal padanya. Seperti al-Hasyar (Dahulukan Padang Mahsyar), Nasyar (Berhamburan bangun daripada kubur atau berhamburan di padang mahsyar), Syurga hinggalah akhirnya.

No comments:

Post a Comment