Wednesday, December 29, 2010

Seni Silat Telapak Nusantara (Peningkatan & Perkembangan Diri)

Keupayaan tubuh, fikiran dan rohani yang tinggi merupakan syarat bagi meneruskan pendidikan ketahap yang lebih tinggi. Ditahap ini, latihan tubuh badan, separa kebatinan dan kebatinan yang mendalam akan ditekankan secara berterusan. Ujian yang bersifat pelbagai akan sentiasa dikenakan yang akan membabitkan orang lain, persekitaran berbeza, diri sendiri, alat dan bahan yang pelbagai. Hinggakan kehidupan seharian juga akan berfungsi sebagai suatu latihan dan ujian.

Tahap yang lebih tinggi akan memberikan penekanan yang jauh lebih hebat kepada tubuh, fikiran dan rohani. Diwaktu ini pesilat sudah semestinya diwajibkan mempunyai kebijaksanaan akal yang tinggi - pandai akal atau pendekar. Ciri asas berikut merupakan juga syarat utama untuk dipenuhi:
1. Guru Asas
2. Kekal Islah
3. Bina Rohani Jasmani
4. Sampai Tak Jadi
5. Ujian Guru
6. Syarat Guru
7. Sedia Cuba

Syarat tersebut penting bagi memastikan iltizam pewaris terhadap ilmu yang dibawa. Ini dapat menjamin kemurniaan ilmu tersebut seterusnya dapat diteruskan kesinambungan warisannya. Kepercayaan yang diberikan dalam memelihara dan meneruskan suatu tradisi ilmu lama yang mudah dan ringkas tetapi unik merupakan suatu peluang yang amat berharga dan hanya diberikan kepada mereka yang tertentu dan amat terpilih. Keikhlasan dalam mempelajari, mengamal dan mengajarnya juga mestilah dijaga rapi.

No comments:

Post a Comment