Wednesday, October 27, 2010

Pantun Khas Buat Sekumpulan Anak-Anak Murid, Saudara, Keluarga & Rakan-Rakan Seperjuangan Yang Saya Kasihi

Pantun Jurus Senjata Lapan

Warisan Nukil Guru Beriman
Datang Hebatnya Dari Wibawa
Khabarnya Usul Darilah Yunan
Geraknya Tangkas Disangga Taqwa

Namanya Jurus Senjata Lapan
Gayang Hidup Falsafah Bersulam
Guna Pertahan Hidup Dan Iman
Ukhuwwah Jitu Menghulur Salam

Tegas Tangkas Jadi Makluman
Matang Gerak Diulit Syari’at
Langkah Ilmu Tepat Berkesan
Sir Berzikir Setiap Saat

Digelar Pewaris Senjata Lapan
Mewarisi Ilmu Para Pendekar
Silaturrahim Menjadi Laziman
Islam Sebenar Sebagainya Akar

No comments:

Post a Comment