Sunday, July 25, 2010

Pantun Seni Silat Warisan

Seni Silat Seni Warisan
Warkah Ilmu Para Pahlawan
Menjadi Pembentuk Peribadi Idaman
Semoga Usaha Dirahmati Tuhan
-Mohd Nadzrin Wahab-

Warkah Ilmu Para Pahlawan
Pakaian Bagi Pendekar Terbilang
Semoga Usaha Dirahmati Tuhan
Sambung Warisan Sunnah Dipegang
أبو حسنين

Pakaian Bagi Pendekar Terbilang
Menjadi Amalan Sepanjang Zaman
Sambung Warisan Sunnah Dipegang
Berkibar Tinggi Panji Al Quran
-Mohd Nadzrin Wahab-

Menjadi Amalan Sepanjang Zaman
Kukuh Insan Molek Peribadi
Berkibar Tinggi Panji Al-Quran
Pertahan Negara Sepenuh Hati
أبو حسنين

Kukuh Insan Molek Peribadi
Itulah Sifat Pahlawan Sejati
Pertahan Negara Sepenuh Hati
Kerana Allah Sanggup Bermati
-Mohd Nadzrin Wahab-

Itulah Sifat Pahlawan Sejati
Tinggi Taqwa Kukuh Imannya
Kerana Allah Sanggup Bermati
Taat Nabi Pegang Wasiatnya
أبو حسنين

Tinggi Takwa Kukuh Imannya
Dijadi Bekal Sepanjang Jalan
Taat Nabi Pegang Wasiatnya
Jadikan Suri Jadikan Teladan
-Mohd Nadzrin Wahab-

Dijadi Bekal Sepanjang Jalan
Ilmu Tinggi Fahaman Pendekar
Jadikan Suri Jadikan Teladan
Jundullah Asli Beriman Mekar
أبو حسنين

Ilmu Tinggi Fahaman Pendekar
Digalas Menjadi Pembela Maruah
Jundullah Asli Beriman Mekar
Kembali Lagi Warisan Nubuwwah
-Mohd Nadzrin Wahab-

No comments:

Post a Comment