Monday, March 8, 2010

Nasi Ayam Hainan

اللهم بركلنا فيما رزقتنا وقينا عذاب نار
Nasi ayam hainan, itu kata anak murid saya tentang hidangan sebuah restoran berdekatan dengan rumah kami. Dengan rasa berselera (tengah lapar sangat) hendak cubalah nasi ayam hainan yang katanya original. Mahal sikit katanya tapi tak apa asalkan sedap dan asli. RM6 untuk seorang kira berpatutan sebab katanya restoran tu guna beras “basmati”.

Peliklah juga sebab dia guna beras macam itu. Kenapa pula dia guna beras “basmati” untuk masak nasi ayam hainan? Biasanya beras tu guna untuk nasi beriyani atau yang semacam itu. Tak apalah, cuba jugalah. Lagi pun dah boring asyik masak sendiri. Orang datang ke rumah pun asyik minta macam-macam menu, dari gulai lemak cili api sampailah ke pizza, mi kari hailam, steak, pasta, payeya, asam pedas dan macam-macam.

Maka kami pun belilah RM30 untuk 5 orang. Masa masuk ke restoran tu tak ada pun bau nasi ayam hainan atau bau yang bercirikan hainan. Hmmmmm…… pelik… tapi tak apa, mungkin baunya dah hilang kena sedut dek orang ramai yang datang kat sini. Angin yang berlalu pun habis di”ngap”nya bau yang menyelerakan tu agaknya.

Sampai rumah, dengan penuh berselera (dah kebulur dah) kami buka semua bungkusan dan terus belasah. Alamak! Bukan hainan ori rupanya….. sodih…. Siap jumpa rempah sup punjut lagi dalam nasi dia. Nasi ayam hainan ada rempah sup punjut ka? Pastu supnya ada cili api dan dibubuhnya rempah sup. Ada taugeh sekali. Sup pedas dan rasanya memang rasa sup melayu atau sup soto yang sedap, bukan hainan.

Kicapnya masih bolehlah dilabelkan hainan. Tapi sos atau cili halianya bolehlah dinamakan sos cecah cili halia, bukan sos hainan. Hentam ajelah makan sampai habis, kami sekeluarga dah lapar kebulur dah ni. Sayup-sayup adalah rasa nasi ayam hainan pada nasi special berempah sup punjut tadi. Pastu adalah naik turun rasa hainan pada sos kicap ayam tu tadi.

Macam tak bersyukur aje! Itulah rezeki yang Allah Ta’ala bagi maka makan dan bersyukurlah. Halal dan suci inshaAllah. Bukan tak bersyukur tapi terkilan. Memang mudah aje nak buat nasi ayam hainan ni. Ramuannya mudah dan ringkas cuma kaedahnya aje yang nak kena jaga. Tapi sebenarnya kaedahnya juga ringkas dan mudah.

Saya belajar dengan mak saya dan mak saya belajar dengan seorang Cina hainan dari negara Cina yang bekerja di sebuah restoran nasi ayam hainan bernama Lucky Bar di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tukang masak restoran ni kawan baik ibu dan ayah saya. Tak tahulah masih ada lagi ke tidak restoran ni. Kalau ada pun bukan boleh masuk makan.

Itulah silsilah ilmu belajar masak nasi ayam saya. Posting berikutnya nanti saya turunkan resepinya inshaAllah. Nasi ayam hainan ni kadang-kadang tak kena dengan lidah orang yang dah keras dek resepi Malaysia. Katanya rasanya pelik. Tambahan pula ayamnya cuma akan direbus sahaja. Sesiapa malas nak masak pergilah makan kat luar ya. Jika nak datang rumah saya makan pun boleh aje. Bolehlah terus belajar masak sekali, terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.

Dalam dunia perniagaan ini kita wajib berhati-hati agar tidak melanggar ketetapan hukum Allah (swt) dalam hal mu'amalah. Segala perintah Allah Ta'ala wajib kita applikasikan dalam semua aspek kehidupan. Setiap inci kehidupan telah ada garis panduan yang jelas dalam menjalaninya dengan penuh kehambaan, dari cara makan minum, berkenderaan, buang air, bercakap, malah kesemuanya. Begitu juga dalam kita berniaga, tak kiralah apa jua perniagaan yang kita ceburi.

Semoga setiap apa yang kita lakukan menjadi sebab untuk kita memperolehi rahmat iman dan menjadi suatu usaha merealisasikan kehambaan dalam setiap gerak zahir dan batin. Dapatkanlah ilmu dan bimbingan dari ahli yang sebenar dalam sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi dalam urusan kehidupan sebagai seorang Islam, sebagai seorang hamba Allah Rabbul Jalil.
الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا من المسلمين

No comments:

Post a Comment