Thursday, February 11, 2010

Pantun Adab & Adat

Mana Hebat Orang Melayu
Jika Tanpa Mulianya Ilmu
Mana Tinggi Nilai Bangsaku
Jika Tanpa Islam Padamu

Langkah Gagah Tetap Terarah
Cara Mara Tampak Kuasa
Itulah Gagah Ilmunya Tuah
Bina Wibawa Bukan Perkasa

Silat Pencak Gayong dan Bunga
Tinggi Tertib Penuh Gemalai
Dalam Ilmu Tinggi Nilainya
Itulah Warisan Lama Dipakai

Bedil Berdentum Menggegar Bumi
Pendekar Gentar Tidak Sekali
Ilmu Kulitnya Silat Yang Murni
Islam Suci Sebagainya Inti

Apa Dicari Hebatnya Diri
Jasad Pasti Luka Dilukai
Tumpu Sebenar Pada Ilahi
Itu Hakikat Kekal Abadi

Setinggi Mana Ilmunya Silat
Niatnya Biar Untuk Syariat
Teguhlah Pada Nafi Dan Isbat
Peluk Erat Kalimah Syahadat

Sunnah Itu Paling Utama
Amal Adalah Segalanya
Silat Itu Tiada Salahnya
Salah Bila Tiada Adabnya

Adat Melayu Ada Perlunya
Adab Islam Penuh Hikmahnya
Warisan Perlu Ada Turunnya
Iman Wajib Ada Saksinya

Inilah Resmi Orang Melayu
Budi Bahasa Tinggi Pekerti
Akhlak Islam Menjadi Laku
Taqwa Taat Sudah Semesti

2 comments:

  1. Replies
    1. Assalamu'alaikum. Terima kasih banyak kerana encik sudi berkunjung. JazakAllahuhaira.

      Delete