Wednesday, September 30, 2009

Bala & Ujian Allah (SWT)

أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا, وَنَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَايَا

Guru kami telah berkata:
“Dalam bala ada nikmat. Dalam nikmat ada bala. Sebab itulah semua kekasih Allah (SWT) didalam (ujian) penderitaan.”

Begitulah orang pilihan Allah Ta’ala yang telah mabuk cinta kepada yang Maha Pencipta. Segala apa yang diperintahkan dan diberikan keatas diri mereka oleh Tuhannya adalah matlamat dan nikmat bagi mereka. Mereka cuma ingin redha Allah (SWT). Mereka cuma ingin menjadi hambaNya yang sebenar.

Syeikh kami berkata lagi:
“Bala ada 4 jenis:
1. Sirajun-lil-ariffin;
Penerang bagi orang yang ‘Arifbillah.
2. Yaqozatun-lil-muridin;
Penyedar bagi orang-orang yang hendak mengenal Allah.
3. Islahun-lil-mukminin;
Membaikkan bagi orang-orang yang beriman.
4. Halakun-lil-ghafilin;
Membinasakan bagi orang-orang yang lalai pada Allah.”

آمَنَّا بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ, تُبْنَا إِلَي اللهِ بَاطِنًا وًظَاهِرْ

No comments:

Post a Comment